Thursday 5 January 2012

KESEDARAN MENGENDALIKAN JENAZAH

Bismillahirrahmanirrahim....



Menjadi fenomena yang biasa dilihat di mana-mana majlis mengendalikan jenazah, bahawa orang-orang yang menguruskan jenazah terdiri daripada orang-orang yang sudah tua.

Ke manakah perginya golongan muda??

Adakah kerana tidak boleh dan tidak tahu mengendalikan??

Adakah kerana takut untuk kendalikan??

Antara alasan-alasan yang selalu kita dengar ialah: 
"saya tak minat dalam mengendalikan jenazah"
"saya tidak tahu cara untuk kendalikan"
"saya jahil dalam urusan mengendalikan jenazah"
"orang masjid sudah ada, tak perlu pada kita"

Di dalam pemerhatian saya, golongan muda kini tidak melibatkan diri dalam urusan mengendalikan jenazah disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Antaranya ialah:-

1) Kurang minat untuk terlibat
-Tidak ramai umat Islam yang mahu terlibat dalam pengurusan menyelenggarakan jenazah kerana bidang ini merupakan suatu bidang yang amat mencabar. Ia bukan sahaja menuntut orang-orang yang arif mengendalikannya, tetapi juga memerlukan orang yang sabar, kuat iman, cekal, dan tabah. Lebih-lebih apabila berdepan dengan pelbagai bentuk kematian seperti jenazah yang kemalangan, mati lemas, mayat yang terbakar, mayat yang tidak cukup anggota dan seumpamanya. 

2) Tidak tahu cara mengendalikan jenazah
-Meskipun sekarang ramai di kalangan orang Islam yang mendapat didikan agama yang tinggi, namun tidak ramai yang benar-benar mahu terlibat dalam bidang ini. Ini menyebabkan tidak ramai yang mahir mengendalikan jenazah, ilmu yang ada hanya tersimpan di dada dan tidak diamalkan. Sedalam dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang itu, sekiranya tidak diamalkan, ia adalah sia-sia.

3) Kejahilan dalam agama
-Pengabaian didikan agama kepada kanak-kanak sejak kecil lagi akan menyebabkan mereka kurang peka atau sensitif dengan perkara sebegini. Bagaimana orang yang tidak lulus fardhu ainnya boleh diserahkan tugas berkaitan fardhu kifayah?? Kadang-kadang bila berlaku kematian dalam keluarga, anak-anak tidak tahu langsung hendak buat apa. Belum lagi menyebut soal memandikan, mengapankan dan lain-lain. Soal hendak menyembahyangkan jenazah ibu atau bapanya pun kadang-kadang tidak tahu. Mereka hanya mampu hubungi pihak tertentu untuk uruskan. 

4) Masyarakat yang tidak prihatin
-Arus kemodenan kadangkala menyebabkan kurangnya sifat kasih sayang antara sesama jiran tetangga. Hidup masyarakat kini adalah 'nafsi-nafsi' (buat hal sendiri) sehingga jiran sebelah rumah tidak pernah bertegur sapa. Jadi, apabila berlaku kematian, tidak mustahillah jiran-jiran tidak peduli. Sedangkan dalam ajaran agama Islam sendiri sesama jiran haruslah saling menghormati, malah menghulurkan bantuan di saat dia ditimpa musibah atau kesusahan. 

Untuk itu, beberapa kaedah perlu dilakukan bagi menarik minat generasi muda mendalami bidang pengurusan jenazah. Kursus-kursus pengurusan jenazah hendaklah selalu dilakukan. Latihan teori dan praktikalnya harus disusun dengan teliti dan menarik minat golongan ini. InsyaAllah diharapkan dari situ nanti akan lahirlah anak-anak muda yang benar-benar boleh mewarisi ilmu dan akhirnya mahir untuk menguruskan jenazah. 

Wallahua'lam..

CARA BERORGANISASI DALAM ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim..........


Menurut Luis A. Allen, organisasi merupakan mekanisme atau struktur yang membolehkan ahli-ahli sebuah organisasi dapat bekerja cekap secara bersama.


Jabir dalam kitab beliau, al-Tariq ila Jama'atul Muslimin pula menyatakan organisasi Islam ialah setelah bersatu padu pada satu urusan di atas tuntutan Islam dan dipimpin oleh pemimpin Islam yang terdiri daripada kumpulan ulama' mujtahidin.


Organisasi, jemaah, kumpulan, group merupakan istilah-istilah untuk sekelompok manusia yang bergerak kerja bersama dengan matlamat tertentu. Tidak kiralah nama apa yang diberikan kepada organisasi-organisasi tersebut. Antara contoh-contohnya di UKM adalah Ikatan Studi Islam UKM, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM, Kelab Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM dan lain-lain.

Kebiasaannya, dalam sesebuah organisasi terdapat lajnah/biro/post yang telah dibahagikan mengikut tugas-tugas tertentu. Dan terdapat individu-individu tertentu yang diamanahkan untuk melaksanakannya.

Kejayaan dalam sesebuah organisasi disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Antaranya:-

1) Menepati masa
Masa merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan, sebab itu selalu kita dengar orang cakap masa itu emas. Pengurusan masa yang betul akan menjadikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan lancar. Apabila ada meeting, kita mestilah hadir tepat pada masa yang ditetapkan. Dan sebagai seorang pelajar yang terlibat dengan organisasi, kita hendaklah membahagikan masa sewajarnya di antara pelajaran dan aktiviti-aktiviti organisasi. Janganlah disebabkan program-program organisasi, kita mengabaikan pelajaran, ponteng kelas, assignment bertangguh dan sebagainya.

2) Mematuhi arahan
Dalam sesebuah organisasi, setiap arahan yang dikeluarkan oleh ketua/presiden/pengarah mestilah dipatuhi selagimana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. 

3) Thiqah (percaya)
Kita sesama ahli dalam organisasi hendaklah thiqah sesama kita. Jika tiada thiqah, maka akan berlaku pergaduhan dan perselisihan. Bilamana seseorang itu diamanahkan dengan sesuatu tugas, kita hendaklah percaya dan yakin yang dia mampu laksanakannya dengan baik.

4) Dinamik
Sesebuah organisasi seharusnya bersifat dinamik, iaitu sentiasa bergerak ke hadapan dan berubah mengikut keadaan. Kita tidak boleh terlalu statik atau jumud. Seharusnya ada penambaikan dari masa ke semasa.

5) Sistematik
Pengurusan dan pentadbiran yang sistematik akan membuahkan hasil yang baik. Setiap aktiviti dan program hendaklah dirancang dan disusun dengan teliti oleh orang-orang yang terlibat. 


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang rapi, seolah-olah sebuah bangunan yang kukuh."

bUdaYa sALaM

Bismillahirrahmanirrahim......

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا
"dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia dengan cara yang sama"


Ayat di atas dipetik daripada surah an-Nisa' ayat 86. Ianya berkaitan dengan ucapan salam (Assalamu'alaikum) yang selalu kita sebut dan kita dengar. Dalam Islam, memberi salam atau mengucapkan salam kepada seseorang Islam yang lain adalah perkara yang disunatkan. Bahkan memberi salam itu diletakkan dan diperuntukkan sebagai hak seorang Islam kepada seorang Islam yang lain. Maka orang tidak mahu mengucapkan salam adalah orang yang tidak menunaikan hak tersebut. 


Sabda Nabi SAW juga ada menyebut tentang memberi salam, "jika kamu jumpa dengannya maka kamu beri salam kepadanya." Untuk itu, dapatlah kita lihat di sini bahawa mengucapkan salam atau memberi salam merupakan perkara yang dituntut dalam Islam.


Namun, realiti sekarang adalah sebaliknya. Jika kita lihat dan perhatikan, budaya memberi salam sudah semakin terhakis di kalangan umat Islam. Jarang kedengaran pelajar-pelajar memberi salam kepada cikgu ataupun pensyarah ketikamana berselisih di jalanan. Malah, sudah menjadi kebiasaan para pelajar memasuki kelas atau dewan kuliah tanpa memberi salam, berjumpa dengan kenalan di masjid atau surau tidak memberi salam, memasuki rumah tanpa memberi salam dan sebagainya. 




Selain itu, ucapan salam juga kerap dipermain-mainkan. Contohnya, sering didengar bilamana bersama kawan-kawan, 'kirim salam maut', 'kirim salam benci', dan macam-macam lagi.


Kenapa terjadinya perkara sedemikian???
Hal yang demikian kerana makin kurangnya kesedaran di kalangan umat Islam tentang tuntutan memberi salam. Ramai yang akan berkata, ianya hanya perkara kecil, tidak perlu diperbesar-besarkan. Ya, ia memang perkara yang kecil, tapi perkara kecil inilah yang selalu diabaikan, menjadikan orang berat mulut untuk mengucapkannya. 


Padahal, dengan memberi salam serta menjawab salam, kita diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Malah, orang yang diberi salam akan berasa senang dengan kita, secara tidak langsung juga boleh mengeratkan ukhwah di antara umat Islam seluruhnya, kerana dengan memberi salam kita telah mendoakannya. Mudah kan? :)


Untuk itu, marilah kita sama-sama mengamalkan budaya memberi salam kerana ianya merupakan tuntutan dalam Islam. Seseorang itu juga dikatakan tahu beradab dan bersopan bilamana dia memberi salam sesama umat Islam.
Wallahua'lam..






Tuesday 6 December 2011

realiti kini

Bismillahirrahmanirrahim.............


Sekadar renungan bersama...... :-)


"awak tengok tak tudung yang artis tu pakai?? cannnteeekkkk sgt2... nanti sy nak beli satu. sebijik macam tu.."


bila belek2 katalog lak, "perrghhh tudung ni, kalau aku tak beli ni, memang tak boleh r, nak kena beli gak...."


******************************************************************************
Kalau dilihat dan diperhatikan sekarang, fesyen bertudung semakin menjadi-jadi di kalangan remaja... Rela keluarkan banyak duit semata-mata untuk berfesyen.... Sehinggakan kadang-kadang sanggup pinjam duit kawan semata-mata nak beli  benda-benda tersebut... Ada juga sanggup guna duit yang dah bajet untuk makan....


Berfesyen itu tidak salah sebenarnya.... Kerana sudah menjadi lumrah seorang wanita untuk kelihatan cantik.... Tapi, janganlah berfesyen hingga meninggalkan hukum yang ada... Bertudung bukan hanya untuk berfesyen semata-mata, tapi bertudunglah untuk menutup aurat.... Kenapa nak kena tutup aurat???? Kerana bila seorang wanita menutup dan menjaga auratnya, dia bukan sahaja menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya....


Harga diri wanita terlalu mahal. Kalau dikaitkan dengan harta dunia, wanita bagaikan intan berlian, ia dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci...... Syariat Islam juga telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar, tidak nipis serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.....


Kalau nak citer pasal tudung, macam-macam tudung yang ada di pasaran sekarang.... Ada yang boleh sarung terus, ada yang boleh putar2, belit2... Tak menjadi kesalahan pun untuk pakai mana-mana jenis tudung.... Tapi, tudung2 tersebut xnak la yang singkat, menampakkan bahagian dada, yang ada perhiasan melampau, siap ada bling2 lagi, yang ketat menampakkan batang leher... xnak ye... xmo2...


Firman Allah swt; “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” [surah 24, an-Nur; ayat 31]

Untuk itu, sama-samalah kita ambil perhatian dan berpesan-pesan kepada adik-beradik, keluarga, sahabat2, mahupun orang ramai... :-) Semoga kita sama-sama melakukan yang terbaik untuk buat diri, keluarga, dan orang lain.... (^_^)