Menurut Luis A. Allen, organisasi merupakan mekanisme atau struktur yang membolehkan ahli-ahli sebuah organisasi dapat bekerja cekap secara bersama.
Jabir dalam kitab beliau, al-Tariq ila Jama'atul Muslimin pula menyatakan organisasi Islam ialah setelah bersatu padu pada satu urusan di atas tuntutan Islam dan dipimpin oleh pemimpin Islam yang terdiri daripada kumpulan ulama' mujtahidin.
Organisasi, jemaah, kumpulan, group merupakan istilah-istilah untuk sekelompok manusia yang bergerak kerja bersama dengan matlamat tertentu. Tidak kiralah nama apa yang diberikan kepada organisasi-organisasi tersebut. Antara contoh-contohnya di UKM adalah Ikatan Studi Islam UKM, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM, Kelab Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM dan lain-lain.
Kebiasaannya, dalam sesebuah organisasi terdapat lajnah/biro/post yang telah dibahagikan mengikut tugas-tugas tertentu. Dan terdapat individu-individu tertentu yang diamanahkan untuk melaksanakannya.
Kejayaan dalam sesebuah organisasi disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Antaranya:-
1) Menepati masa
Masa merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan, sebab itu selalu kita dengar orang cakap masa itu emas. Pengurusan masa yang betul akan menjadikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan lancar. Apabila ada meeting, kita mestilah hadir tepat pada masa yang ditetapkan. Dan sebagai seorang pelajar yang terlibat dengan organisasi, kita hendaklah membahagikan masa sewajarnya di antara pelajaran dan aktiviti-aktiviti organisasi. Janganlah disebabkan program-program organisasi, kita mengabaikan pelajaran, ponteng kelas, assignment bertangguh dan sebagainya.
2) Mematuhi arahan
Dalam sesebuah organisasi, setiap arahan yang dikeluarkan oleh ketua/presiden/pengarah mestilah dipatuhi selagimana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam.
3) Thiqah (percaya)
Kita sesama ahli dalam organisasi hendaklah thiqah sesama kita. Jika tiada thiqah, maka akan berlaku pergaduhan dan perselisihan. Bilamana seseorang itu diamanahkan dengan sesuatu tugas, kita hendaklah percaya dan yakin yang dia mampu laksanakannya dengan baik.
4) Dinamik
Sesebuah organisasi seharusnya bersifat dinamik, iaitu sentiasa bergerak ke hadapan dan berubah mengikut keadaan. Kita tidak boleh terlalu statik atau jumud. Seharusnya ada penambaikan dari masa ke semasa.
5) Sistematik
Pengurusan dan pentadbiran yang sistematik akan membuahkan hasil yang baik. Setiap aktiviti dan program hendaklah dirancang dan disusun dengan teliti oleh orang-orang yang terlibat.
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang rapi, seolah-olah sebuah bangunan yang kukuh."
No comments:
Post a Comment